![]() |
| Domino's Pizza di Setiawan, Perak |
Wednesday, 27 June 2012
Domino's Pizza Malaysia
Tengah2 membelek di internet, aku ternampak la cerita ni. Memang terkejut. Aku suka domino's pizza ni sebab masa ade projek di proton pn ramai kontraktor belanja kitorg domino's ni. Sesekali mcd ataupun makanan segera yang lain. Tetapi fenomena ni, sebagai umat agama islam, kita patut kaji secara mendalam. Kenapa Domino's pizza beroperasi dibawah bangunan Gereja?? Ini baru 2 tempat. Mane tahu akan datang makin banyak cawangan dibina sebegini. Bertindak sebelom terlambat...
Friday, 15 June 2012
Fenomena Jerebu: Melanda 3 kawasan di Negeri Selangor
Berita hari ini melaporkan, tiga kawasan di Selangor mencatatkan kualiti udara yang tidak sihat setakat pukul 11 pagi Jumaat. Menurut maklumat di laman web rasmi Jabatan Alam Sekitar petang tadi, bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) menunjukkan Kuala Selangor mencatatakan 131, diikuti dengan Pelabuhan Klang (130) dan Shah Alam (106).
Anzalna: “Kenyataan itu sepatutnya ‘off-record’!”
ARTIS bergaduh dengan artis, itu hal biasa. Artis perli artis di lama sosial seperti Twitter atau Facebook juga biasa. Artis berbalas kenyataan satu sama lain, itu juga biasa. Tapi sesuatu isu yang timbul antara artis akan jadi luar biasa, bila salah seorang mula mengambil tindakan undang-undang apabila berasa kenyataan yang dikeluarkan keterlaluan.
Neelofa busuk hati. Begitu kenyataan yang dikeluarkan pelakon sama baru seperti Neelofa, Anzalna Nasir hujung minggu lalu. Natijahnya, Anzalna kini berhadapan saman yang dikeluarkan oleh pelakon kelahiran Kelantan tersebut melalui dua orang peguamnya iaitu Ahmad Hidayat Md. Noor dan Mohd. Irwan Mohd. Mubarak.
Menurut Neelofa atau selesa dipanggil Lofa, semua kenyataan yang diberi Anzalna adalah fitnah 100 peratus. Anzalna sebelum ini mendakwa Neelofa memang busuk hati kepadanya sejak mereka sama-sama bersaing dalam pertandingan Dewi Remaja 2010. Neelofa yang menang sebagai juara program tersebut turut didakwa mengugutnya dan dia tak menang dalam anugerah tersebut.
Anzalna mendakwa bahawa beliau diugut Neelofa
Neelofa memberi tempoh tujuh hari
"Dia Yang Sakit..." - Tiz Zaqyah
Baru-baru ini, menerusi akaun Twitter milik Remy Ishak, pelakon itu telah dimasukkan ke Hospital Pakar Ampang Puteri, Ampang apabila paru-parunya dijangkiti virus atau pneumonia.
Angkara tidak mendapat perhatian yang diharapkan daripada kekasihnya Tiz Zaqyah, pelakon itu telah meluahkan perasaannya di laman Twitter dengan merujuk teman wanitanya itu melayannya seperti sampah.
Neelofa Hargai Sokongan Hans Isaac
“Buat masa sekarang ini, saya hargai sokongan daripada sesiapa sahaja yang berada di sisi saya. Tetapi, saya tidak boleh komen sama ada cadangan Hans untuk buat debat bersama wartawan itu boleh bawa kebaikan atau tidak kepada saya. Saya tidak dapat sebarang gambaran buat masa ini. Lagipun saya percaya bukan mudah untuk lakukan debat itu kerana ia membabitkan beberapa pihak. Wartawan itu pun daripada organisasi media yang besar,” ulas Neelofa apabila diminta mengulas tentang kenyataan peribadi Hans di akaun Twitter miliknya.
Subscribe to:
Posts (Atom)

