Friday, 15 June 2012
Neelofa Hargai Sokongan Hans Isaac
“Buat masa sekarang ini, saya hargai sokongan daripada sesiapa sahaja yang berada di sisi saya. Tetapi, saya tidak boleh komen sama ada cadangan Hans untuk buat debat bersama wartawan itu boleh bawa kebaikan atau tidak kepada saya. Saya tidak dapat sebarang gambaran buat masa ini. Lagipun saya percaya bukan mudah untuk lakukan debat itu kerana ia membabitkan beberapa pihak. Wartawan itu pun daripada organisasi media yang besar,” ulas Neelofa apabila diminta mengulas tentang kenyataan peribadi Hans di akaun Twitter miliknya.
Bagaimanapun, Neelofa percaya penerbit filem itu punya sebab tersendiri untuk anjurkan debat itu memandangkan Hans sudah lama terlibat dalam industri hiburan tempatan.
“Hans sudah lama berada di dalam industri hiburan ini. Jadi, mesti dia punya sebab tersendiri untuk buat debat itu. Mungkin dia ada isu-isu lain yang hendak diperdebatkan dengan wartawan itu,” ulas Neelofa lagi.
Menyingkap tentang permulaan sengketanya dengan Anzalna, heroin filem Azura ini mengakui salah faham dan rasa tidak puas hati di antara mereka berdua telah lama berlaku iaitu ketika mereka sama-sama terlibat dengan pertandingan Dewi Remaja 2010. Namun, bagi Neelofa segala sengketa yang berlaku ketika itu adalah perkara biasa kerana masing-masing ingin menang.
“Memang hubungan kami bermasalah sejak pertandingan Dewi Remaja lagi. Kalau ada yang mengikuti program ini di saluran Astro dahulu, pasti maklum dengan situasi yang kami alami. Namun, saya rasa itu perkara biasa dalam sesebuah program realiti kerana masing-masing hendak menang. Saya ingatkan lepas pertandingan berakhir, ia habis di situ. Tetapi Anzalna tidak puas hati dengan kemenangan saya dan luahkan perasaannya itu di laman Facebook miliknya.
Macam-macam yang dia kata tentang saya sehinggakan penyokong kami bergaduh sesama sendiri di laman Facebook. Persoalannya, mengapa baru sekarang dia hendak bangkitkan perkara ini? Kononnya hendak tunjukkan siapa diri saya yang sebenar. Saya tidak rasa perbuatannya itu satu tindakan bijak. Sejujurnya saya tidak suka apa yang berlaku kerana ia seolah-olah menjatuhkan imej sendiri dan nampak tidak berpelajaran. Atas sebab itu juga saya ambil pendekatan menggunakan saluran yang betul untuk menyelesaikan perkara ini. Anzalna tidak perlu bersemuka dengan saya. Cukup sekadar berikan penjelasan dan bukti yang diminta!” tegas Neelofa.
Sementara itu, Neelofa juga mengakui Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Zed Zaidi, ada menghubunginya melalui telefon untuk bertanyakan kedudukan sebenar. Namun, enggan mengulas lanjut tentang tindakan yang mahu diambil oleh persatuan itu.
Zed Zaidi maklumkan pihaknya hanya akan masuk campur jika masalah ini tidak boleh diselesaikan oleh kami sendiri. Setakat ini dia memberikan kami masa untuk selesaikan perkara ini dengan cara sendiri. Tentang tindakan disiplin itu, saya tak mahu komen lanjut,” ujar Neelofa.
Menurut Sumber Di Gua.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment