Jika anda mengikuti perkembangan terkini pelakon jelita Neelofa, pasti anda sudah tahu kontroversi terbaru heroin filem Azura ini. Selepas dikatakan tidak berpuas hati dengan kemenangan Tasha Shila, timbul pula cerita baru apabila pelakon baru, Anzalna Nasir, memberi kenyataan kepada sebuah akhbar mingguan mengatakan Neelofa suka memburuk-burukkannya di laman sosial.
Ekoran daripada laporan itu, Neelofa telah memberikan kenyataan balas menerusi akaun twitter miliknya. Jelas Neelofa, tindakan Anzalna itu adalah untuk menfitnah dirinya dan keluarga. Tambahnya lagi, dia tahu di mana kedudukannya dan untuk membuktikan kebenaran, dia akan mengambil tindakan selanjutnya dengan cara yang betul.
Kenyataan Neelofa itu dengan jelas membayangkan dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Anzalna. Jadi, untuk mendapatkan penjelasan lanjut GUA cuba mendapatkan komen pelakon ini. Namun, pelakon ini tidak mahu mengulas lanjut. Malah, dia juga enggan mengesahkan tentang tindakan saman yang akan diambil.
Menurut Pengurus Peribadi Neelofa, Shawn Amer, dia juga tidak dapat memberikan sebarang komen. Malah, enggan menjawab apabila ditanya sama ada benar atau tidak Neelofa akan bertemu dengan peguam dalam masa terdekat ini. Jelas Shawn, penjelasan rasmi berhubung kontroversi ini akan diumumkan dalam masa terdekat.
Dalam masa yang sama, Shawn juga memohon jasa baik pihak media agar memahami situasi yang dihadapi oleh Neelofa. Jelasnya, Neelofa tidak mahu memberi sebarang kenyataan kerana bimbang ia boleh berlaku kebarangkalian lain.
Dalam perkembangan yang sama, Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Zed Zaidi, dalam satu kenyataan berkata, pihak Seniman berkemungkinan akan mengambil tindakan disiplin terhadap Neelofa, Anzalna dan Tasha Shila jika pertelagahan mereka berpanjangan. Jelas Zed, ketiga-tiga pelakon ini boleh disekat daripada menerima sebarang tawaran berlakon jika didapati bersalah oleh jawatankuasa disiplin yang bakal ditubuhkan oleh persatuan itu.
Menurut Sumber di Gua.com :-

No comments:
Post a Comment