Friday, 15 June 2012
"Dia Yang Sakit..." - Tiz Zaqyah
Baru-baru ini, menerusi akaun Twitter milik Remy Ishak, pelakon itu telah dimasukkan ke Hospital Pakar Ampang Puteri, Ampang apabila paru-parunya dijangkiti virus atau pneumonia.
Angkara tidak mendapat perhatian yang diharapkan daripada kekasihnya Tiz Zaqyah, pelakon itu telah meluahkan perasaannya di laman Twitter dengan merujuk teman wanitanya itu melayannya seperti sampah.
Neelofa Hargai Sokongan Hans Isaac
“Buat masa sekarang ini, saya hargai sokongan daripada sesiapa sahaja yang berada di sisi saya. Tetapi, saya tidak boleh komen sama ada cadangan Hans untuk buat debat bersama wartawan itu boleh bawa kebaikan atau tidak kepada saya. Saya tidak dapat sebarang gambaran buat masa ini. Lagipun saya percaya bukan mudah untuk lakukan debat itu kerana ia membabitkan beberapa pihak. Wartawan itu pun daripada organisasi media yang besar,” ulas Neelofa apabila diminta mengulas tentang kenyataan peribadi Hans di akaun Twitter miliknya.
Neelofa VS Anzalna - Neelofa Guna Peguam Tuntut Penjelasan & Bukti
Selepas mengambil pendekatan mendiamkan diri daripada membuat sebarang kenyataan berhubung penyiaran artikel berjudul ‘Anzalna Bidas Neelofa’ di akbar B*Pop pada Ahad lalu, hari ini Neelofa tampil bertemu pihak media dalam satu sidang media yang diadakan di Pusat Perniagaan, Hotel One World, Petaling Jaya petang tadi.
Neelofa Tuntut Penjelasan & Bukti Daripada Anzalna
Ekoran penyiaran artikel 'Anzalna Bidas Neelofa' di akhbar mingguan, BPop, Berita Harian pada 10 Jun lalu, Neelofa hari ini mengambil langkah menuntut penjelasan berserta bukti daripada Anzalna. Tuntutan itu dibuat melalui firma guaman Ahmad Hidayat Md Nor & Co. Satu sidang media telah diadakan sebentar tadi dan GUA akan memberikan laporan selanjutnya dalam sedikit masa.
Menurut Sumber Di Gua.com
Thursday, 14 June 2012
Neelofa VS Anzalna : NeeLofa Nekad Saman Anzalna?
Jika anda mengikuti perkembangan terkini pelakon jelita Neelofa, pasti anda sudah tahu kontroversi terbaru heroin filem Azura ini. Selepas dikatakan tidak berpuas hati dengan kemenangan Tasha Shila, timbul pula cerita baru apabila pelakon baru, Anzalna Nasir, memberi kenyataan kepada sebuah akhbar mingguan mengatakan Neelofa suka memburuk-burukkannya di laman sosial.
Subscribe to:
Posts (Atom)



