kembali

Wednesday, 27 June 2012

Domino's Pizza Malaysia

Tengah2 membelek di internet, aku ternampak la cerita ni. Memang terkejut. Aku suka domino's pizza ni sebab masa ade projek di proton pn ramai kontraktor belanja kitorg domino's ni. Sesekali mcd ataupun makanan segera yang lain. Tetapi fenomena ni, sebagai umat agama islam, kita patut kaji secara mendalam. Kenapa Domino's pizza beroperasi dibawah bangunan Gereja?? Ini baru 2 tempat. Mane tahu akan datang makin banyak cawangan dibina sebegini. Bertindak sebelom terlambat...

Domino's Pizza di Setiawan, Perak

Friday, 15 June 2012

Fenomena Jerebu: Melanda 3 kawasan di Negeri Selangor


Berita hari ini melaporkan, tiga kawasan di Selangor mencatatkan kualiti udara yang tidak sihat setakat pukul 11 pagi Jumaat. Menurut maklumat di laman web rasmi Jabatan Alam Sekitar petang tadi, bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) menunjukkan Kuala Selangor mencatatakan 131, diikuti dengan Pelabuhan Klang (130) dan Shah Alam (106).


Anzalna: “Kenyataan itu sepatutnya ‘off-record’!”

ARTIS bergaduh dengan artis, itu hal biasa. Artis perli artis di lama sosial seperti Twitter atau Facebook juga biasa. Artis berbalas kenyataan satu sama lain, itu juga biasa. Tapi sesuatu isu yang timbul antara artis akan jadi luar biasa, bila salah seorang mula mengambil tindakan undang-undang apabila berasa kenyataan yang dikeluarkan keterlaluan.

Neelofa busuk hati. Begitu kenyataan yang dikeluarkan pelakon sama baru seperti Neelofa, Anzalna Nasir hujung minggu lalu. Natijahnya, Anzalna kini berhadapan saman yang dikeluarkan oleh pelakon kelahiran Kelantan tersebut melalui dua orang peguamnya iaitu Ahmad Hidayat Md. Noor dan Mohd. Irwan Mohd. Mubarak.

Menurut Neelofa atau selesa dipanggil Lofa, semua kenyataan yang diberi Anzalna adalah fitnah 100 peratus. Anzalna sebelum ini mendakwa Neelofa memang busuk hati kepadanya sejak mereka sama-sama bersaing dalam pertandingan Dewi Remaja 2010. Neelofa yang menang sebagai juara program tersebut turut didakwa mengugutnya dan dia tak menang dalam anugerah tersebut.

Anzalna mendakwa bahawa beliau diugut Neelofa
Neelofa memberi tempoh tujuh hari

"Dia Yang Sakit..." - Tiz Zaqyah


Baru-baru ini, menerusi akaun Twitter milik Remy Ishak, pelakon itu telah dimasukkan ke Hospital Pakar Ampang Puteri, Ampang apabila paru-parunya dijangkiti virus atau pneumonia.

Angkara tidak mendapat perhatian yang diharapkan daripada kekasihnya Tiz Zaqyah, pelakon itu telah meluahkan perasaannya di laman Twitter dengan merujuk teman wanitanya itu melayannya seperti sampah.


Neelofa Hargai Sokongan Hans Isaac


“Buat masa sekarang ini, saya hargai sokongan daripada sesiapa sahaja yang berada di sisi saya. Tetapi, saya tidak boleh komen sama ada cadangan Hans untuk buat debat bersama wartawan itu boleh bawa kebaikan atau tidak kepada saya. Saya tidak dapat sebarang gambaran buat masa ini. Lagipun saya percaya bukan mudah untuk lakukan debat itu kerana ia membabitkan beberapa pihak. Wartawan itu pun daripada organisasi media yang besar,” ulas Neelofa apabila diminta mengulas tentang kenyataan peribadi Hans di akaun Twitter miliknya.

Neelofa VS Anzalna - Neelofa Guna Peguam Tuntut Penjelasan & Bukti


Selepas mengambil pendekatan mendiamkan diri daripada membuat sebarang kenyataan berhubung penyiaran artikel berjudul ‘Anzalna Bidas Neelofa’ di akbar B*Pop pada Ahad lalu, hari ini Neelofa tampil bertemu pihak media dalam satu sidang media yang diadakan di Pusat Perniagaan, Hotel One World, Petaling Jaya petang tadi.

Neelofa Tuntut Penjelasan & Bukti Daripada Anzalna

Ekoran penyiaran artikel 'Anzalna Bidas Neelofa' di akhbar mingguan, BPop, Berita Harian pada 10 Jun lalu, Neelofa hari ini mengambil langkah menuntut penjelasan berserta bukti daripada Anzalna. Tuntutan itu dibuat melalui firma guaman Ahmad Hidayat Md Nor & Co. Satu sidang media telah diadakan sebentar tadi dan GUA akan memberikan laporan selanjutnya dalam sedikit masa.



Menurut Sumber Di Gua.com

Thursday, 14 June 2012

Neelofa VS Anzalna : NeeLofa Nekad Saman Anzalna?


Jika anda mengikuti perkembangan terkini pelakon jelita Neelofa, pasti anda sudah tahu kontroversi terbaru heroin filem Azura ini. Selepas dikatakan tidak berpuas hati dengan kemenangan Tasha Shila, timbul pula cerita baru apabila pelakon baru, Anzalna Nasir, memberi kenyataan kepada sebuah akhbar mingguan mengatakan Neelofa suka memburuk-burukkannya di laman sosial.

Panasonic Toughbook 19 product review

Laptop tahan lasak sepenuhnya dan boleh bertukar kepada gaya sebuah tablet. Toughbook 19 berskala skrin bersaiz 10.1" berkeupayaan 6000 nit dibawah sinar matahari dan dikuasakan dengan pemproses Intel® Core™ i5 vPro™. Toughbook ini juga dilengkapi dengan 2MP kamera depan, backlit keyboard(getah), GPS, Gobi™2000 mobile broadband dan skrin sentuh berkembar. Tambahan juga, ianya dibina menggunakan "full magnesium alloy" yang membolehkan toughbook ini digunakan dimana-mana permukaan keras seperti mengembara dan aktiviti lasak.



Tuesday, 12 June 2012

Apple MacBook Pro with Retina display

Apple has created an amazing product with new display and design. The new MacBook Pro with Retina display comes into the new dimension of over the world. "You've never seen anything like it. Because there's never been anything like it." A Retina display with 5.1 million pixels. An all-flash architecture. Quad-core Intel Core i7 processors. In a design that’s just 1.8 centimetres thin and 2.02 kilograms. It’s not just the most advanced notebook we’ve ever made, it’s the most advanced Mac we’ve ever made.


Negara-negara Terkaya Di Dunia


10. Austria



Austria adalah negara pada kedudukan kesepuluh dalam senarai negara terkaya, dengan KDNK per kapita mencapai US $ 39,711. Negara di mana gula-gula dengan tanda dagangan PEZ ini ditemui, mempunyai populasi sebanyak 8.41 juta, dengan sebahagian besar berbahasa Jerman. Antara industri utama Austria adalah pembinaan, makanan, dan logam.

Sejarah Gunung Tahan


Kawasan Misteri di Hutan Taman Negara Malaysia
[Lokasi: Di Sempadan Negeri Pahang-Kelantan berhampiran dengan Gunung Tahan]

Sebagai kata mula, elok rasanya kalau saya menggambarkan dulu lokasi ini secara lebih terperinci.


Saturday, 9 June 2012

Samsung Galaxy Note2


Berita terbaru di laman internet sekarang terutamanya user2 yg menggunakan peranti samsung akan memperkenalkan generasi kedua Samsung Galaxy Note. Phone terbaru ini memaparkan screen seluas 5.5 inci dimana ianya difahamkan akan dilancarkan pada bulan Oktober 2012.

Wednesday, 6 June 2012

1st night in Ritz Garden Hotel

Perjalananku untuk Family day belah bini aku. Kitorg plan untuk buat family day ni dalam masa 3hari 2malam. Sekarang dah kul 11.30 malam. Semua dah ade kt hotel. Hotel ni boleh dikatakan sesuai untuk family gathering kerana ianya berbentuk mcm Luxury Condominium. 2 kondo in 1. Tengah2 antara kondo ini ade mcm taman untuk relex dan tmpt untuk merokok. Untuk yg pentingkan keselesaan, sesuai untuk menginap di Hotel ni.

Malam ni aku tak boleh ambil gambar lagi. Macam tak kena sebab masih awal lagi. Mungkin esok boleh la memulakan penggambaran bersama2. Macam biasa, Samsung Galaxy Tab 7.7 aku jadi mangsa. Dah la kena jadi tetring internet sepanjang aku berada disini. Dia la aje harapan aku.

Sunday, 3 June 2012

Gelombang Hijau ke Putrajaya

Kita mulakan dengan gambaran ini..Fikir2 kan lah

Spesis ikan terbaru dijumpai di dunia

Alien of the Deep
Looking like a creature from the Alien movies, this nightmarish "longhead dreamer" anglerfish (Chaenophryne longiceps) was until recently an alien species to Greenland waters (map).

Friday, 1 June 2012

Keunikan dan Keindahan Taj Mahal


Taj Mahal dibina dengan marmar mausoleum putih terletak di Agra, India terkenal dengan nama "crown of palaces" atau secara ringkasnya "The Taj". Ianya dimiliki oleh Shah Jahan dizaman maharaja Mughal yang menjadi memori terindah isteri ketiganya, Mumtaz Mahal. Taj Mahal dikenali seluruh dunia sebagai "the jewel of muslim art in India" dan termasuk diantara 7 tempat ajaib dunia pada 1983.

Keluasan tapak pembinaan ini seluas 221 hektar dimana ianya termasuklah 38 hektar taj mahal dan 183 hektar hutan simpan disekelilingnya. Konsep taj mahal direka dengan menggunakan Mughal architecture atas kombinasi elemen dari Parsi, Turki dan India.

Tempoh pembinaan selama 21 tahun bermula pada 1632 dan siap sepenuhnya pada 1653,dimana telah mengerah ribuan tenaga buruh dan tukang india. Seluruh bangunan taj mahal direka oleh arkitek terbaik di zaman itu termasuklah Abd ul-Karim Ma'mur Khan, Makramat Khan dan Ustaz Ahmad Lahauri. Mereka pada keseluruhannya merupakan pelukis seni termashur didunia..

Thursday, 31 May 2012

Keretaku WTE4330 warded

Tanggal 31.5.2012, tak pernah2 kete kesayanganku WTE ni pecah tayar. Sampai ke hari ni, terjadinya kejadian tak diingini berlaku. Tp dengan pertolongan dri Allah, tempat kejadian memang dekat sangat dengan bengkel tayar Good Year.. Meme btl2 tahun yg berGood. Maka, bertukarlah dia dengan tayar spare. Nah ini die. Kete besor tp tayar btl2 manja nmpknye...

Xperia Go & Xperia Acro S

The new SONY xperia family will be unveiled soon by sony. An awesome phone gadget in
the world with great solid body and also high quality Sony Mobile BRAVIA Engine crystal clear
screen. Standard dual core 1.5GHz snapdragon processor and 1GB RAM. This phone
has supported by the latest Android Ice Cream Sandwich 4.0



Wednesday, 30 May 2012

Pemandangan di Kota Kuala Lumpur

Bandaraya Kuala Lumpur, ibukota Malaysia. Jem,kelam-kabut,jerebu, sakit hati dan banyak lagi keadaan yg dihadapi oleh warga kota disini. Bukan senang untuk hidup di KL dan ada kalanya org sanggup buat apa saja untuk mencapai impian. Tp itu situasi masa siang hari. Macam mana suasana di kota KL bila menjelmanya waktu malam. Keindahan, keceriaan boleh digambarkan.

Hari minggu biasanya paling dinantikan sebagai masa untuk bersama kawan-kawan. Keluar makan, berjalan-jalan dimalam hari adakalanya sampai lewat malam. Itu perkara biasa bagi warga kota untuk menghilangkan rasa stress bekerja. Bagi pelajar, inilah masa untuk diorg menenangkan fikiran, dapat fresh kembali tenaga dan mungkin dapat berhibur sambil bersosial di dunia nyata "jangan asyik duk main FB aje". Mari kite lihat sambil bersyukur pada Allah atas nikmat kehidupan harmoni di bumi Malaysia...









 

Tuesday, 29 May 2012

Revolusi Nokia Phone

Berkenalan dengan Nokia Phone di zaman era 98" amat membanggakan. sehinggakan ramai yg ingin memilikinya. dengan reka bentuk nipis (pada zaman tu la), selesa dipegang dan senang digerakkan ke mana-mana. sesiapa yg menjadi pemilik nokia, memang rasa berbangga. OK disini, kawe akan mengimbas kembali zaman kegemilangan Dato' Nokia sebelom dirembat oleh Samsung pada zaman kini...

Pada amatan dulu la kalau tak silap kawe, tahun 98' bermulanye ERA NOKIA. masa tu kawe baru sek. rendah. sebab ape nokia 3310 popular? sebab masa tu telefon memang gedabak besarnye. kalau org bisnesmen bawak, nmpk sgt die seorang yg kaya raya.


Phone ni pn boleh digunakan untuk pecahkn pintu penjanayah. Hebat2
Nokia team yakin, diorg boleh mengupgrade kn 3310. lepas berjaya memenuhi kehendak customer, diorg upgrade sikit je dengan menamakn Nokia 3315. button kelihatan berbeza dan screen dikatakan lebih cerah dari biasa.
Button 3315 sume bersatu
Dengan berjalan lancarnye model nokia ni, diorg dah mula mengorak langkah lebih kedepan. kebanyakan reka bentuk makin kecil dan pelbagai software telah dimasukkan menjadi lebih menarik.

*phone ini dilengkapi perisian Radio

Sudah bosan dengan screen black&white ni. mata pun dah layu. Nokia Tech. team mungkin terdengar keluhan customer2 dikedai kopi. technology semakin maju. memikirkan tentang LCD screen colour, diorg telah membangunkan kajian untuk the new phone technology. Nokia mempersembahkan...


Nokia 7250
Nokia 6230
Nokia 7210
Nokia nampaknye berani mencuba untuk membina phone yang mempunyai size screen lebih besar. dengan adanye tech. LCD, nokia memanfaatkan sebaik mungkin. akhirnya phone dinantikan peminat diperkenalkan pada umum bermulanya era 20'...
Nokia 3230 
Nokia 3250
Nokia 7610. Phone ni popular dan tahan lasak



Nokia E63 Kepada yg suke keyboard

Game..game..game. Golongan muda yg xtreme, rasa tercabar dan sukakan challenging dalam hidup. inilah dia phone yg memenuhi kehendak golongan ini. tersedia dengan Bluetooth untuk multiplayer, ianya sangat menyeronokkan apabila bermain dan selesa dipegang

Dunia tech. phone dikejutkan dengan screen sentuh "touch screen for phone". Nokia sekali lagi menunjukkan kebolehan apabila mempersembahkan Nokia 5800 express music pertama dilengkapi dengan screen LCD touch screen


Nokia 5800 Express Music

Nokia X6
Nokia N95



Technology ini terlalu pantas berkembang sehinggakan banyak syarikat telekomunikasi didunia bersaing untuk mendapat tempat dalam arena gadjet terhebat. bermula dari peranti mudah alih sehingga sistem operasi, terlalu banyak menggunakan bahan-bahan yg berkualiti tinggi. Nokia juga tidak ketinggalan memperkenalkan phone canggih apabila terdapat phone yg dilengkapi processor terkini dan RAM sehingga 1GB padanya. adakah Nokia masih lagi dikenali sebagai "The King of Phone" sehingga kini? jom kita lihat phone Nokia pada abad ke 21'



N9 - OS MeeGo


Lumia 610 & 710 - OS Windows Phone



Lumia 800 & 900 - OS Windows Phone